My Blog List

Sunday 21 October 2012

Mee Kari Ayam



Bahan-bahannya:-
1/4 ekor ayam dipotong kecil
4 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
2 bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
1 1/2 cawan santan pekat
6 cawan air
Fish cake, fish ball dan tauhu kering (ikut pada selera masing2)
1 bungkus mee kuning - dibasuh dengan air panas
Garam dan gula

Cara-caranya:-
Bancuh serbuk kari danserbuk cili dengan sedikit air sehingga menjadi pes
Panaskan sedikit minyak didalam periuk
Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang terlebih dahulu
Kemudian baru tumiskan sekali hirisan bawang merah dan bawang putih sehingga garing
Masukkan pes serbuk kari dan cili tadi, kacau sehingga naik bau
Masukkan ayam, kacau serata dan biarkan seketika
Kemudian tuangkan air, teruskkan mengacau dan tunggu sehingga kuah mendidih
Seterusnya tuangkan santan pekat tadi
Setelah itu bolehlah dimasukkan fish cake, fish ball dan juga tauhu kering yang telah dipotong nipis
Apabila kuah tadi agak pekat dan naik minyak (kuah mee kari tidak perlu terlalu pekat), bolehlah ditambah dengan perasa garam dan gula secukupnya.

Bolehlah dihidang bersama mee kuning dan juga hirisan limau nipis sebagai penambah selera.
Sebagai pelengkap, boleh dihidangkan bersama sayur sawi dan taugeh yg telah di celur dalam air panas

Saturday 13 October 2012

Sambal Goreng Tempoyak Ikan Bilis

Bahan-bahannya:
1 cawan ikan bilis ditumbuk kasar
2 sudu tempoyak
Sedikit serbuk kunyit
1 batang serai
6 biji cili padi ditumbuk bersama 2 ulas bawang merah

Cara-caranya:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis seketika
Masukkan lada dan bawang yang telah ditumbuk tadi dan kacau serata
Masukkan sedikit air dan serai serta sedikit serbuk kunyit
Kemudian masukkan tempoyak dan biarkan ia mendidih sehingga kuah cukup pekat
Akhir sekali masukkan gula dan garam secukupnya

Hidangkan bersama hirisan timun.

Ikan Keli Goreng Berlada

Bahan-bahannya:
3 ekor ikan keli yang telah dicuci dengan air asam dan dipotong empat
1 biji buah tomato
8 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 asam keping

Cara-caranya:
Gaulkan ikan keli dengan sedikit garam dan kunyit, goreng dengan api sederhana
sehingga garing.
Blender cili dan bawang besar serta bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis pes lada tadi.
Pastikan api kecil dan tumis sehingga lada benar-benar cukup masak
Masukkan buah tomato,  asam keping, garam dan gula secukupnya
Sentiasa mengacau bagi mengelakkan tumisan hangit.
Biarkan seketika sehingga sambal tumis cukup kering.
Akhir sekali barulah masukkan ikan keli goreng dan kacau serata.

Sedia untuk dihidang!

Suhun/Fucuk Tumis Air


Bahan-Bahannya:-

2 keping fucuk di gunting sebesar dua jari
2 genggam suhun
1 biji kentang dipotong wedges
1 biji buah tomato di potong wedges
2 biji bawang merah  dan 1 biji bawang putih di mayang nipis
Beberapa ekor ikan bilis dibelah empat

Cara-Caranya:-

Rendam fucuk dan suhun tadi sehingga lembut.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bawang dan ikan bilis
Masukkan air dan kemudian  kentang
Biarkan sehingga kentang cukup lembut.
Masukkan buah tomato dan garam secukupnya.
Boleh tambahkan sedikit lada hitam jika suka.

Sedia untuk dihidang.

Friday 12 October 2012

Sambal Goreng Tauhu


Bahan-Bahannya:-

3 Keping tauhu dipotong empat secara tiga segi
1 senduk cili kering yang telah diblender dengan 1 biji bawang besar dan 1 ulas bawang putih
2 sudu sos cili
Garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:-

Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga keperangan.
Pastikan minyak cukup panas sebelum dimasukkan tauhu.
Angkat dan toskan.
Tumis pes lada tadi dengan api sederhana besar.
Campurkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih.
Masukkan sos cili, garam dan gula secukupnya. Perlahankan api.
Teruskan mengacau dan tunggu sehingga sambal tadi cukup pekat dan barulah dimasukkan tauhu goreng tadi.
Kacau seketika dan siap untuk dihidang!

Ayam & Kentang Masak Halia


Bahan-Bahannya:

1 mangkuk daging ayam yang telah dipotong kecil
2 biji kentang di potong seperti wedges
1 biji buah tomato dipotong empat
1biji bawang besar
2 ulas bawang putih di ketuk sahaja
2 inci halia dipotong nipis
1 sudu kecil lada hitam yg telah ditumbuk
1 sudu sos tiram
Sedikit lada sulah
Gula dan garam

Cara-Caranya:-

Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
Kurangkan sedikit minyak tadi dan tumis bawang putih, halia dan lada hitam.
Masukkan 1 cawan air dan 1 sudu sos tiram dan biarkan mendidih.
Masukkan ayam dan buah tomato tadi. Biarkan seketika sehingga agak pekat.
Kemudian barulah masukkan bawang besar, sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.

Sedia untuk di hidang!


Kastard Puding Jagung



Bahan-bahannya:-
1 cawan Jagung Berkrim
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan santan / 1 kotak santan segera
1 cawan tepung kastard
1 genggam strip agar-agar
1 cawan air

Cara-caranya:-
Panaskan periuk dan cairkan strip agar-agar dengan 1 cawan air
Bancuh 1 cawan susu cair dan 1 cawan tepung kastard sehingga tidak berketul
Kemudian masukkan jagung berkrim, gula dan santan.
Tuangkan kedalam kuali dan panaskan dengan api yang kecil
Kacau sentiasa dan pastikan ianya tidak berketul.
Sambil tunggu agar-agar cukup cair, sentiasa kacau bancuhan di dalam kuali tadi
Tuangkan agar-agar cair tadi dan terus mengacau sehingga adunan menjadi likat dan berkilat seperti dodol
Tuangkan kedalam loyang atau acuan dan sejukkan sebelum dipotong dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!!