My Blog List

Sunday 24 June 2012

Sambal Belacan





Bahan-Bahan:-
Belacan (1 inci tepat)
8 biji cili burung
1 biji buah tomato dipotong empat
Satu sudu teh garam
Satu sudu makan gula pasir

Cara-Caranya:-
Bakar/layurkan belacan sehingga naik bau
Blendkan semua bahan diatas.
Campurkan sedikit air masak untuk memudahkan bahan tersebut dikisarkan.
Sedia dihidangkan.

Nota - Jika mahu kurang pedas, kurangkan bilangan cili burung dan campurkan dengan cili besar/cili merah

Roti Gulung Sosej



 Bahan-Bahan:- (mengikut saiz hidangan anda sendiri)

Sosej
Roti Putih
Telur 1 biji
Sedikit garam dan serbuk lada hitam

Cara-Caranya:-
Canaikan roti putih anda sehingga cukup nipis
Gulungkan sosej dengan roti putih tadi
Pecahkan telur, campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam
Kocakkan seperti ingin membuat telur dadar
Kemudian, lumurkan gulungan roti tadi dengan bancuhan telur
Panaskan minyak secukupnya dan goreng sehingga berwarna keemasan menggunakan api sederhana besar

Friday 22 June 2012

Tips Dapur ke Dapur

1)Tips Mee Goreng lebih sedap dan menyelerakan:-
 - Bila mengoreng mee, pastikan kicap adalah bahan terakhir yang dimasukkan untuk menjadikan mee goreng anda berkilat, pekat dan menyelerakan.
 - Renjiskan sedikit cuka untuk menghilangkan bau dan rasa kapur yang ada pada mee kuning.

2) Sup Ayam / Daging:-
- Untuk menjadikan sup anda lebih sedap, masukkan lebih kepingan halia dan direbus bersama ayam/daging
- Sup tumis darat adalah lebih sedap. Iaitu, setelah rebusan sup siap, tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih dan tuangkan kedalam rebusan sup.
- Rebus sup menggunakan api yang sederhana dan dalam masa yang agak panjang.

3) Untuk memastikan kuih yang menggunakan yis naik dengan cantik dan gebu:-
- Bancuh yis dengan air dan sesudu gula dan biarkan yis sehingga berbuih.

4) Tips menggoreng kuih:-
- Goreng menggunakan api sederhana besar dan jangan malas membalik kuih semasa digoreng. Kuih anda akan lebih ranggup dan masak sekata. Eg.malah cucur  bilis/udang/bawang akan rasa lebih enak jika ikut petua ini.

Mee Goreng Sempoi



Bahan-bahan:-
1 bungkus mee kuning - basuh dengan air biasa dan toskan
6 tangkai cili kering- direndam dengan air panas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 biji telur
3 ekor sotong dipotong kecil / segenggam udang
1 keping fish cake
6 biji fish ball
1 biji buah tomata dipotong dadu
1 ketul daging ayam di potong kecil
Sedikit garam
2 sudu makam kicap masin
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
sedikit cuka makan

Cara-caranya:-
Blend cili kering dan bawang merah serta bawang putih.
Panaskan 3 sudu makan minyak masak.
Tumis cili dan bawang yang telah diblend tadi sehingga naik bau.
Masukkan potongan ayam dan kacau seketika.
Kemudian masukkan sotong atau udang tadi.
Diikuti oleh fish cake, fish ball, buah tomato, sos cili dan sos tiram.Boleh campurkan sayuran lain seperti sawi jika suka.
Pecahkan telur. Kacau seketika dan campurkan sedikit garam. Pastikan hanya sedikit garam digunakan.
Masukkan mee kuning. Kacau sehingga mesra dan akhirnya kicap masin dan kicap pekat serta renjiskan sedikit cuka. Tujuan cuka digunakan adalah untuk menghilangkan rasa kapur pada.mee .
Kacau mee sehingga benar-benar masak serata dan kelihatan berkilat.
Taburkan bawang goreng dan hidangkan bersama potongan limau nipis atau lada jeruk untuk menambah selera.


Kuih Talam Gula Merah



Bahan-Bahan:-

Lapisan Bawah-
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah jika mahu lebih manis)
5 cawan air
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi

sedikit garam

Lapisan Atas-
3 cawan santan(1/2 biji kelapa atau sekotak santan segera + 2 cawan air)
1 cawan tepung beras
sedikit garam

Untuk lapisan bawah:
Bancuh gula merah, gula pasir dengan air suam sehingga larut
Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah dan kacau serata.
Boleh blend dengan mesin pengisar jika perlu.
Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak kedalam loyang
Tuang adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 ke 30 minit.

Kemudian sediakan adunan untuk lapisan atas.
Gaulkan semua bahan2 untuk lapisan bawah sehingga sebati dan tidak berketul.
(Juga boleh gunakan blender untuk menjimatkan masa)
Buka tutup pengukus tadi dan cucuk-cucukkan lapisan bawah tadi menggunakan garpu.
Kemudian tuangkan diatasnya adunan untuk lapisan atas tadi dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan sebelum dipotong.



Sunday 3 June 2012

Ayam Goreng Serai


Bahan-Bahan:-

Setengah ekor ayam yang telah dipotong
4 batang serai- dipotong halus
3 inci halia
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
Garam dan serbuk kunyit secukupnya

Cara-Caranya:-

Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Blendkan serai, halia, lada hitam dan bawang putih sehingga halus. Boleh dicampurkan juga sedikit jintan manis dan jintan putih jika mahu lebih terasa rempah dan baunya.
Tuangkan bahan2 yang telah diblend tadi kedalam bekas berisi ayam. Gaul dan perapkan lebih kurang setengah jam.
Panaskan minyak secukupnya.
Goreng ayam tadi sehingga cukup garing.
Sesudah ayam diangkat, kautkan bahan2 perap yang mendap didalam kuali dan taburkan diatas ayam goreng.

Sedia untuk dihidang. Enak dimakan bersama nasi putih, nasi goreng atau nasi lemak ketika masih panas.

Macaroni Goreng


 Bahan-Bahan:-

Satu peket macaroni. Di rebus sehingga lembut dan ditoskan.
Setengah biji carrot. Di potong memanjang.
1 cawan ayam/daging cincang
1 biji buah tomato di potong dadu
Sos tiram
Sos chili/tomato
5 tangkai cili kering - rendam dengan air panas dan toskan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Italian Herbs


Cara-caranya:-


Blender cili bersama bawang merah dan bawang putih.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak.
Tumiskan bahan2 yang telah di blend tadi sehingga naik bau.
Masukkan ayam/daging cincang. Kacau sehingga daging tadi masak.
Tuangkan 1 sudu besar sos tiram dan 2 sudu besar sos chili serta sedikit garam.
Masukkan potongan buah tomato dan carrot.
Kacan seketika.
Masukkan macaroni yang telah ditoskan tadi dan kacau serata.
Akhir sekali taburkan setengah sudu kecil Italian Herbs  (campuran daun herba Italian yang telah dikeringkan dan diramas halus). Contoh:- Mc Cormick Italian Herbs.
Sedia untuk dihidang.




Apam Tepung Gandum



Bahan-Bahan:-

1 peket Mauripan
4 cawan tepung gandum (di ayak)
2 cawan air
1 cawan gula
Secubit garam
Kelapa Parut (bahagian putih sahaja)

Cara-Caranya:-

Bancuh mauripan dengan mencampurkan sesudu besar gula dan suku cawan air. Biarkan sehingga berbuih (dalam 15 minit)
Gaulkan tepung dan gula.
Campurkan bancuhan yis dan 2 cawan air tadi sehingga bancuhan sebati dan tidak berketul.
Biarkan adunan naik sehingga 2 kali ganda (dalam 45 minit)
Panaskan kukus.
Sapukan sedikit minyak kedalam loyang untuk mengelakkan apam nanti melekat.
Tuang adunan tadi kedalam loyang.
Kukuskan selama 40 minit.
Biarkan sejuk sebelum di potong.
Kelapa parut di gaul dengan secubit garam. Taburkan diatas potongan apam tadi.
Sedia untuk dihidang.