My Blog List

Friday, 18 May 2012

MeeHoon Singapore My Own Style


Bahan-Bahan:-
1 Peket Bihun
1 biji Carrot (size sederhana) - potong kecil dan panjang seperti didalam gambar
Udang (dikopek kulit)
Sotong - 2 ekor (di potong bulat)
2 Biji Buah Tomato (potong dadu)
2 Biji Telur Ayam
2 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
Sebuk Lada Hitam/I sudu kecil lada hitam (boleh lebihkan jika mahu lebih kicked)
Serbuk Lada Sulah
Sos Tiram
Garam
Lada Kecil/Cili Padi dan Kicap untuk sambal kicap

Cara-Caranya:-
Rendam Bihun dengan air biasa selama 10 minit. (Elakkan rendam menggunakan air panas agar bihun tidak menjadi lembik)
Tumbuk lada hitam (skip this jika anda menggunakan serbuk) bersama bawang merah dan bawang putih.
Panaskan minyak secukupnya. Tumiskan bawang tumbuk dan lada hitam.
Masukkan udang, sotong dan pecahkan telur kedalam kuali.
Kacau sebentar. Masukkan sos tiram dan serbuk lada sulah juga sedikit garam.
Masukkan sedikit air dan bihun. Masukkan potongan carrot dan sayur lain seperti sawi jika mahu.
Masakkan sehingga bihun menjadi cukup lembut dan sekata.
Hidang bersama sambal kicap (kicap cair bersama hirisan cili padi)



Sunday, 13 May 2012

Murtabak Mee Segera


Bahan-Bahan:-
1 Bungkus Mee Segera Kari
2 Biji Telur Ayam


Cara-Caranya:-
Rendam Mee Segera dengan air panas sehingga kembang dan toskan
Pecahkan telur, campurkan perisa kari mee segera dan kacau sehingga sebati
Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk dan gaul serata
Panaskan kuali leper dgn sedikit minyak
Masukkan adunan tadi kedalam kuali dan tekankan supaya adunan padat
Masak menggunakan api yang perlahan.
Balikkan untuk memastikan sebelah lagi masak dengan sekata
Hidangkan bersama dengan sos cili.


Saturday, 12 May 2012

Happy Mothers Day

To all gorgeous mother in the whole world, Happy Mothers Day.

I would like to borrow this quote from my friend which I received via sms last night.

"A woman has strengths that amaze man. She can handle troubles & carry heavy burdens. She holds happiness, love & opinions. She smiles when she feels like screaming. She sings when she feels like crying. Cries when she happy and laughs when she's afraid. Her love is unconditional! There's only one thing wrong with her, she sometimes forgets what she is worth... more than she can imagine.

And guys, you are nothing without a women in your life. Please don't forget that. And to all mothers that I've known, you ladies are GREAT!!! But off course, the greatest of all, is my MOM!!!!!!!


Agar-agar Perisa Minuman bersama Susu Cair


Anak-anak saya memang mengemari agar-agar terutama dalam cuaca panas seperti sekarang ni. Kalau boleh mereka mahu ia sentiasa ada di dalam peti sejuk dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Agar-agar terbahagi bepada beberapa kategori iaitu:-
1) agar-agar perisa kosong seperti sirap ros, sarsi
2) agar-agar buah seperti laici dan kiwi
3) agar-agar perisa minuman bersama susu cair seperti oren, mangga, anggur, bandung dan milo 
4) agar-agar santan dan telur seperti agar-agar pandan, gula merah, cendul dan sebagainya

Dibawah adalah agar-agar bagi ketegori 3 iaitu bersama susu cair dan perisa minuman

 Bahan-Bahan:-
1 peket agar-agar strip (37.5gm)
Setengah tin susu cair
Perisa air anggur /milo dan sebagainya
Gula 2 cawan
2000ml air

Cara-caranya:-
Masukkan air dan agar-agar strip kedalam periuk dan didihkan dengan api sederhana
Kacau dan biarkan sehingga agar-agar telah 100% larut dalam air
Perlahankan api supaya tidak mengering
Masukkan gula dan perasa anggur dan kacau sehingga gula larut
Masukkan setengan tin susu cair dan kacau sebentar lebih kurang 2 minit
Tutupkan api
Tuangkan kedalam bekas acuan atau loyang dan biarkan ia sejuk sebelum masukkan kedalam peti ais anda


Tips: Anda boleh perbagaikan perisa untuk dijadikan agar-agar seperti perisa oren, sirap bandung, mangga, milo dan sebagainya dengan menggunakan resepi seperti di atas.

Selamat Mencuba....

Kek Lapis Kaya

(gambar akan diupload kemudian kerana kekangan masa)

Bahan-Bahannya:-

1 Cawan Gula
I Cawan Tepung
I Tin Kecil Susu Pekat
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
6 Biji Telur Ayam
1 buku Butter

Cara-Caranya:-

Pukul butter dan gula sehingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul beberapa minit
Masukkan bahan-bahan yang lain dan gaul sehingga sebati
Panaskan  Kukus
Bahagikan adunan kek kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna yang berbeza
Kukuskan selapis demi selapis sehinggan adunan habis

Nota: Setiap lapisan nipis perlu dikukus selama lebih kurang 5 ke 10 minit

Apam Beras/Eno

(gambar akan diupload kemudian kerana kekangan masa)



Bahan-Bahan:-

1 Cawan Tapai (2 cawan nasi diramas dengan sesudu kecil ragi. Masukkan kedalam bekas bertutup dan dan perap selama 3 hari)
I Cawan Gula
3 Cawan Tepung Beras
2 Cawan Air Suam
1/2 camca besar Mauripan
Eno (biru) 1/2 peket
Sedikit Garam

Cara-Caranya:-
Blender semua bahan kecuali Eno
Simpan atau perapkan selama 2 jam
Sediakan alat untuk mengukus.
Campurkan Eno kedalam adunan perap tadi
Bahagikan kepada beberapa bahagian jika ingin apam anda bernagai warna
Masukkan kedalam mangkuk acuan dan kukus selama 15 ke 20 minit.
Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam

Sunday, 6 May 2012

Tanda-tanda anda mungkin seorang shopaholic

Shopaholic atau ketagihan berbelanja adalah sejenis penyakit. Anda tidak setuju? Saya juga tidak berapa setuju pada permulaannya tapi, bila ianya menjadi semakin serious, saya kini mula yakin dan rasanya semakin sembuh.
Tidah salah untuk berbelanja kerana setelah seharian penat lelah bekerja membantu ekonomi keluarga, kita juga perlu rewardskan diri sendiri supaya lebih bersemangat untuk berkerja. Kiranya, its a rawatan minda untuk releasekan rasa tension dan hadiahkan diri dengan sebahagian daripada wang yang kita dapat. Of course, kita perlu ada target untuk simpanan bulanan kita sebelum fikirkan berapa yang harus kita habiskan untuk bershopping.

Di sini adalah tanda-tanda anda mungkin seorang shopaholic:-
1) Ada banyak barang di dalam almari anda yang sudah lama tidak diusik. Atau mungkin belum pernah berkesempatan untuk memakaimya.
2) Berbelanja adalah satu-satunya cara untuk anda menenangkan diri sekiranya ada masalah ditempat kerja atau peribadi. Walaupun anda tiada lagi budget dan terpaksa menggunakan credit card.
3) Membeli tanpa berfikir panjang. Asal ada sale, anda mesti membeli sesuatu walaupun tidak diperlukan.
4) Sanggup berbohong kepada pasangan anda jumlah sebenarnya yang dibelanjakan.
5) Merasa menyesal setiap kali pulang dan melihat jumlah dan barang yang telah dibeli.
6) Berbelanja lebih dari kebiasaan bila anda tahu anda akan memperolehi bonus atau wang lebih pada bulan hadapan. Selagi wang belum ada ditangan, kita tidak sepatutnya memasukkan ia dalam budget shopping. Ia akan hanya menyebabkan anda terlebih berbelanja. 


Anda ingin sembuh.? Ini antara tips yang boleh sama-sama kita praktikkan:-
1) Jangan bawa credit card bersama bila anda window shopping.
2) Listkan barang2 yang perlu di beli dan terus ke bahagian barangan yang tercatat di dalam list anda. Contohnya, jika anda ingin beli shampoo, terus ke bahagian jualan shampoo, jangan singgah di tempat alat solek dan sebagainya.
3) Cuba bershopping selepas minggu kedua anda mendapat gaji bulanan atau selepas pertengahan bulan. Dengan itu anda dapat mengagak jumlah baki gaji yang masih tinggal.
4)Elakkan berhutang. Ianya seperti mengambil dadah untuk menyelesaikan atau melupakan masalah. Kerana hutang akan hanya membuat penyakit shopaholic anda semakin teruk.
5) Tepuk dada tanyalah selera. Berbelanja ikut keperluan dan keupayaan kewangan anda sendiri. Bukan mengikut perasaan irihati melihat kawan2 lain yang lebih berkemampuan berbelanja.
6) Bersyukurlah dengan rezeki anda dan kehidupan yang anda ada. Insyallah, jika anda merasa bahagia dan bersyukur dengan seadanya, shopping bukan lagi satu-satunya cara untuk anda mereleasekan tension atau menghuraikan kekusutan jiwa.
7) Sentiasa ada wang sampingan untuk kecemasan seperti kos kesihatan anak, tetamu yang datang bertandang atau mungkin bayaran2 ad-hoc yang lain.

Saturday, 5 May 2012

Tip2 Hidup Berkeluarga

Kita Wanita

Sebagai seorang wanita, fesyen dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi jika kita seorang wanita yang berkerjaya. Berpenampilan menarik sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan keyakinan diri bila berurusan dengan pelanggan or Biz Partners.
Usia, rupa, bentuk badan, status berkeluarga dan kesibukan seharian tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak berusaha untuk kelihatan menarik. 
Di sini, saya akan berkongsi fesyen2 yang menarik dan sesuai untuk wanita yang telah atau semakin berusia seperti saya samada ketika bertugas di pejabat, menghadiri majlis keramaian atau ketika bersantai bersama keuarga.
Juga tip-tips penjagaan kecantikan yang mudah dan efektif sesuai dengan kehidupan seharian yang sibuk dan mencabar.
Bagi saya, tidak begitu keterlaluan jika WANITA MODEN seperti kita semua dkatakan super women kerana mampu membahagikan masa diantara kerjaya, urusan berumahtangga, menanggani masalah anak2, suami, menyediakan makanan, memastikan rumah sentiasa kemas dan sentiasa bersedia menyambut tetamu yang datang. At the same time, masih ada masa untuk bersantai atau beriadah di hujung minggu bersama keluarga. Yes, memang memenatkan tapi at the same time mengujakan. Terutama bila melihat wajah2 bahagia suami dan anak2 tersayang.
Sememangnya saya bangga dilahirkan sebagai seorang wanita.....