My Blog List

Saturday 12 May 2012

Agar-agar Perisa Minuman bersama Susu Cair


Anak-anak saya memang mengemari agar-agar terutama dalam cuaca panas seperti sekarang ni. Kalau boleh mereka mahu ia sentiasa ada di dalam peti sejuk dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Agar-agar terbahagi bepada beberapa kategori iaitu:-
1) agar-agar perisa kosong seperti sirap ros, sarsi
2) agar-agar buah seperti laici dan kiwi
3) agar-agar perisa minuman bersama susu cair seperti oren, mangga, anggur, bandung dan milo 
4) agar-agar santan dan telur seperti agar-agar pandan, gula merah, cendul dan sebagainya

Dibawah adalah agar-agar bagi ketegori 3 iaitu bersama susu cair dan perisa minuman

 Bahan-Bahan:-
1 peket agar-agar strip (37.5gm)
Setengah tin susu cair
Perisa air anggur /milo dan sebagainya
Gula 2 cawan
2000ml air

Cara-caranya:-
Masukkan air dan agar-agar strip kedalam periuk dan didihkan dengan api sederhana
Kacau dan biarkan sehingga agar-agar telah 100% larut dalam air
Perlahankan api supaya tidak mengering
Masukkan gula dan perasa anggur dan kacau sehingga gula larut
Masukkan setengan tin susu cair dan kacau sebentar lebih kurang 2 minit
Tutupkan api
Tuangkan kedalam bekas acuan atau loyang dan biarkan ia sejuk sebelum masukkan kedalam peti ais anda


Tips: Anda boleh perbagaikan perisa untuk dijadikan agar-agar seperti perisa oren, sirap bandung, mangga, milo dan sebagainya dengan menggunakan resepi seperti di atas.

Selamat Mencuba....

No comments:

Post a Comment