Sekadar berkongsi Rasa, Pengalaman dan Perasaan Seorang Wanita Berkerjaya, Isteri kepada seorang suami, Ibu kepada 3 orang anak yang sedang membesar serta Anak kepada seorang ibu yang Hebat!!!
My Blog List
Friday, 18 May 2012
MeeHoon Singapore My Own Style
Bahan-Bahan:-
1 Peket Bihun
1 biji Carrot (size sederhana) - potong kecil dan panjang seperti didalam gambar
Udang (dikopek kulit)
Sotong - 2 ekor (di potong bulat)
2 Biji Buah Tomato (potong dadu)
2 Biji Telur Ayam
2 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
Sebuk Lada Hitam/I sudu kecil lada hitam (boleh lebihkan jika mahu lebih kicked)
Serbuk Lada Sulah
Sos Tiram
Garam
Lada Kecil/Cili Padi dan Kicap untuk sambal kicap
Cara-Caranya:-
Rendam Bihun dengan air biasa selama 10 minit. (Elakkan rendam menggunakan air panas agar bihun tidak menjadi lembik)
Tumbuk lada hitam (skip this jika anda menggunakan serbuk) bersama bawang merah dan bawang putih.
Panaskan minyak secukupnya. Tumiskan bawang tumbuk dan lada hitam.
Masukkan udang, sotong dan pecahkan telur kedalam kuali.
Kacau sebentar. Masukkan sos tiram dan serbuk lada sulah juga sedikit garam.
Masukkan sedikit air dan bihun. Masukkan potongan carrot dan sayur lain seperti sawi jika mahu.
Masakkan sehingga bihun menjadi cukup lembut dan sekata.
Hidang bersama sambal kicap (kicap cair bersama hirisan cili padi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment