Shopaholic atau ketagihan berbelanja adalah sejenis penyakit. Anda tidak setuju? Saya juga tidak berapa setuju pada permulaannya tapi, bila ianya menjadi semakin serious, saya kini mula yakin dan rasanya semakin sembuh.
Tidah salah untuk berbelanja kerana setelah seharian penat lelah bekerja membantu ekonomi keluarga, kita juga perlu rewardskan diri sendiri supaya lebih bersemangat untuk berkerja. Kiranya, its a rawatan minda untuk releasekan rasa tension dan hadiahkan diri dengan sebahagian daripada wang yang kita dapat. Of course, kita perlu ada target untuk simpanan bulanan kita sebelum fikirkan berapa yang harus kita habiskan untuk bershopping.
Di sini adalah tanda-tanda anda mungkin seorang shopaholic:-
1) Ada banyak barang di dalam almari anda yang sudah lama tidak diusik. Atau mungkin belum pernah berkesempatan untuk memakaimya.
2) Berbelanja adalah satu-satunya cara untuk anda menenangkan diri sekiranya ada masalah ditempat kerja atau peribadi. Walaupun anda tiada lagi budget dan terpaksa menggunakan credit card.
3) Membeli tanpa berfikir panjang. Asal ada sale, anda mesti membeli sesuatu walaupun tidak diperlukan.
4) Sanggup berbohong kepada pasangan anda jumlah sebenarnya yang dibelanjakan.
5) Merasa menyesal setiap kali pulang dan melihat jumlah dan barang yang telah dibeli.
6) Berbelanja lebih dari kebiasaan bila anda tahu anda akan memperolehi bonus atau wang lebih pada bulan hadapan. Selagi wang belum ada ditangan, kita tidak sepatutnya memasukkan ia dalam budget shopping. Ia akan hanya menyebabkan anda terlebih berbelanja.
Anda ingin sembuh.? Ini antara tips yang boleh sama-sama kita praktikkan:-
1) Jangan bawa credit card bersama bila anda window shopping.
2) Listkan barang2 yang perlu di beli dan terus ke bahagian barangan yang tercatat di dalam list anda. Contohnya, jika anda ingin beli shampoo, terus ke bahagian jualan shampoo, jangan singgah di tempat alat solek dan sebagainya.
3) Cuba bershopping selepas minggu kedua anda mendapat gaji bulanan atau selepas pertengahan bulan. Dengan itu anda dapat mengagak jumlah baki gaji yang masih tinggal.
4)Elakkan berhutang. Ianya seperti mengambil dadah untuk menyelesaikan atau melupakan masalah. Kerana hutang akan hanya membuat penyakit shopaholic anda semakin teruk.
5) Tepuk dada tanyalah selera. Berbelanja ikut keperluan dan keupayaan kewangan anda sendiri. Bukan mengikut perasaan irihati melihat kawan2 lain yang lebih berkemampuan berbelanja.
6) Bersyukurlah dengan rezeki anda dan kehidupan yang anda ada. Insyallah, jika anda merasa bahagia dan bersyukur dengan seadanya, shopping bukan lagi satu-satunya cara untuk anda mereleasekan tension atau menghuraikan kekusutan jiwa.
7) Sentiasa ada wang sampingan untuk kecemasan seperti kos kesihatan anak, tetamu yang datang bertandang atau mungkin bayaran2 ad-hoc yang lain.
No comments:
Post a Comment