Sebagai seorang wanita, fesyen dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Lebih-lebih lagi jika kita seorang wanita yang berkerjaya. Berpenampilan menarik sedikit sebanyak dapat membantu menaikkan keyakinan diri bila berurusan dengan pelanggan or Biz Partners.
Usia, rupa, bentuk badan, status berkeluarga dan kesibukan seharian tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak berusaha untuk kelihatan menarik.
Di sini, saya akan berkongsi fesyen2 yang menarik dan sesuai untuk wanita yang telah atau semakin berusia seperti saya samada ketika bertugas di pejabat, menghadiri majlis keramaian atau ketika bersantai bersama keuarga.
Juga tip-tips penjagaan kecantikan yang mudah dan efektif sesuai dengan kehidupan seharian yang sibuk dan mencabar.
Bagi saya, tidak begitu keterlaluan jika WANITA MODEN seperti kita semua dkatakan super women kerana mampu membahagikan masa diantara kerjaya, urusan berumahtangga, menanggani masalah anak2, suami, menyediakan makanan, memastikan rumah sentiasa kemas dan sentiasa bersedia menyambut tetamu yang datang. At the same time, masih ada masa untuk bersantai atau beriadah di hujung minggu bersama keluarga. Yes, memang memenatkan tapi at the same time mengujakan. Terutama bila melihat wajah2 bahagia suami dan anak2 tersayang.
Sememangnya saya bangga dilahirkan sebagai seorang wanita.....
No comments:
Post a Comment