The Sweetness Life Of Ruzita Md Ariffin
Sekadar berkongsi Rasa, Pengalaman dan Perasaan Seorang Wanita Berkerjaya, Isteri kepada seorang suami, Ibu kepada 3 orang anak yang sedang membesar serta Anak kepada seorang ibu yang Hebat!!!
My Blog List
Sunday, 27 January 2013
Chicken Nugget Wraps
Bahan-Bahannya:
5 keping roti tortilla
5 ketul chicken nuggets
I mangkuk kecil kobis dipotong halus
1 biji tomato di potong dadu
2 sudu besar mayonnis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
Cara-caranya:
Panaskan minyak, goreng chicken nuggets sehingga garing dan toskan.
Sediakan mangkuk besar.
Masukkan kobis dan tomato yang telah di potong dadu.
Gaulkan bersama mayonnis tadi .
Potong nuggets tadi secara memanjang.
Gaulkan sekali bersama campuran sayuran tadi.
Tambahkan sedikit lada hitam dan lada sulah sebagai penambah rasa.
Gulungkan dengan roti tortilla.
Susunkan didalam oven dan panaskan selama 5 ke 10 minit.
Siap untuk dihidang.
Cubalah! Ianya bukan sahaja mudah disediakan tapi juga sedap rasanya.....
Sunday, 11 November 2012
Kueh Buah Melaka
Bahan-bahannya:-
Tepung Pulut (ikut saiz hidangan yang diperlukan)
Air
Sedikit Kelapa Parut (putih sahaja)
Sedikit garam
Pewarna Hijau
Gula Kabung (dipotong empat segi kecil)
Cara-caranya:-
Masukkan tepung pulut kedalam mangkuk
Campurkan sedikit pewarna hijau
Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh
Pastikan air tidak terlebih kerana adunan akan menjadi lembek dan hanyut
Bulatkan doh sebesar duit 50 sen dan masukkan potongan gula kabung ditengahnya
Panaskan air didalam periuk (pastikan sukatan lebih dari separuh periuk)
Biarkan sehingga air mendidih dan masukkan bulatan doh tadi satu persatu
Tunggu sehingga kueh / bulatan doh tadi timbul yang menandakan ianya telah cukup masak
Biarkan seketika untuk pastikan gula didalamnya cair
Angkat dan toskan
Gaulkan kelapa parut dengan secubit garam dan golekkan kueh tadi sehingga kelapa parut menyaluti keseluruhan kueh tadi
Nota: Berhati-hati jika makan semasa kueh masih panas kerana gula didalamnya agak lambat sejuk
Bingka Tepung Beras
Bahan-bahannya:-
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
6 cawan santan (daripada 2 biji kelapa atau 2 kotak santan segera dicampur dgn air)
1 sudu teh garam
Cara-caranya:-
Bancuh semua bahan diatas sehingga tidak berketul. Boleh diblend jika mahu menjimat masa
Panaskan kuali dengan api perlahan dan kacau sehingga adunan menjadi likat dan berkilat
Panaskan ketuhar dan griskan loyang dengan sedkit minyak
Bakar dengan api ketuhar atas dan bawah pada 180 celcius selama 1 1/2 jam
Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong
Nota: Antara kueh tradisional yang agak sukar dicari kini
Sunday, 4 November 2012
Paprik Campur
Bahan-bahannya:-
1 biji carrot dipotong memanjang
5 batang kacang panjang dipotong panjang
Bunga kobis
1 biji buah tomato dipotong wedges
3 ekor sotong dipotong bulat
1 genggam udang
1/4 ekor ayam dipotong kecil
1 ulas bawang besar dipotong wedges
2 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia dipotong halus
2 senduk cili mesin
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap
2 batang serai diketuk
Garam dan gula secukupnya
Cara-caranya:-
Panaskan 1 senduk minyak dan goreng ayam seketika
Kemudian masukkan bawang putih, halia, pes cili dan serai.
Masukkan 1 cawan air, sos tiram dan juga kicap
Biarkan kuah memekat
Kemudian masukkan udang dan sotong
Dan seterusnya semua sayur dan bawang besar
Dan akhirnya masukkan garam dan gula secukupnya
Kacau seketika dan sedia untuk dihidang.
Talam Pisang
Bahan-bahannya:-
10 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah
3/4 gula pasir
2 biji telur ayam
1 cawan kelapa parut
1 1/2 cawan santan
Sedikit garam
Cara-Caranya:-
Blend pisang, gula merah, gula pasir, telur dan kelapa parut
Masukkan 2 cawan tepung gandum dan kacau sekata
Panaskan kukusan dan ratakan minyak didalam loyang
Kukus sehingga masak. (dalam 30 minit)
Untuk Lapisan atas:-
Blend santan, sedikit garam dan 2 sudu besar tepung gandum.
Jika mahu lapisan atas lebih keras, boleh tambahkan 1 sudu tepung lagi.
Tuangkan diatas lapisan adunan tadi dan kukus sehingga masak.(20 minit)
Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
10 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah
3/4 gula pasir
2 biji telur ayam
1 cawan kelapa parut
1 1/2 cawan santan
Sedikit garam
Cara-Caranya:-
Blend pisang, gula merah, gula pasir, telur dan kelapa parut
Masukkan 2 cawan tepung gandum dan kacau sekata
Panaskan kukusan dan ratakan minyak didalam loyang
Kukus sehingga masak. (dalam 30 minit)
Untuk Lapisan atas:-
Blend santan, sedikit garam dan 2 sudu besar tepung gandum.
Jika mahu lapisan atas lebih keras, boleh tambahkan 1 sudu tepung lagi.
Tuangkan diatas lapisan adunan tadi dan kukus sehingga masak.(20 minit)
Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Popiah Ayam
Inti Popiah:-
Bahan-Bahannya-
1 biji timun
1 biji carrot
2 genggam taugeh
2 cawan daging ayam kisar
1 ulas bawang merah dihiris halus
1 ulas bawang putih di ketuk
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Cara-caranya-
Potong panjang timun di buang pulurnya
Potong carrot juga secara memanjang seperti di dalam gambar
Panaskan sedikit minyak
Tumiskan bawang merah dan bawang putih
Kemudian tumiskan daging ayam sehingga masak
Campurkan carrot dahulu, kacau seketika
Kemudian campurkan timun dan seterusnya taugeh
Angkat dan masukkan kedalam mangkuk penapis untuk toskan inti
Sos Popiah-
Bahan-bahannya-
1 bekas cili giling segera / 3/4 cawan
4 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
Cara-caranya-
Panaskan 1 sudu minyak masak dengan api kecil
Masukkan kesemua bahan diatas
Sentiasa kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat
Manis sos mesti terasa agar rasa tidak hilang bila telah dicampurkan dengan inti nanti.
(Jika menggunakan cili yang dimesin sendiri, perlu ditambah dengan sedikit cuka)
Cara Menggulung Popiah-
Sediakan 40 keping kulit popiah bersaiz besar
Semasa penyediaan, sentiasa tutupkan kulit popiah yang belum digulung dengan tuala kecil agar tidak cepat kering dan keras
Letakkan sedikit sos dan kemudian inti diatas kulis popiah tadi seperti didalam gambar.
Lipatkan hujung bawah dulu dan kemudian kiri dan kanan
Kemudian gulungkan sekemasnya.
Sapukan sedikit air pada penghujung kulit popiah agar tidak terbuka ketika menggoreng nanti
Goreng dengan api sederhana besar.
Pasti Sedap! Cubalah!
Saturday, 3 November 2012
Karipap Kentang
(gambar akan diupdate kemudian)
Bahan-bahannya:-
2 biji Kentang bersaiz besar
3 sudu besar rempah kari (bancuh dengan sedikit air)
10 ekor ikan bilis di tumbuk kasar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 cawan tepung
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukupnya
Cara-caranya:-
Untuk Inti-
Kentang dipotong dadu (basuh dan toskan)
Hiris halus bawang putih dan bawang merah
Panaskan 2 sudu minyak masak
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis tumbuk tadi
Masukkan bancuhan rempah kari tadi dan tumis sehingga naik bau
Masukkan kentang yang telah dipotong dadu adn campurkan 2 cawan air
Bila kentang telah lembut dan inti tadi telah memekat, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
Masakkan dengan api sederhana sehingga kering
Masukkan inti didalam bekas dan biar sehingga sejuk
Untuk kulit karipap-
Masukkan tepung dan marjerin kedalam mangkuk
Ramas lembut agar sekata
Kemudian campurkan minyak masak dan gaul lagi
Bancuh garam dengan 2 sudu air
Campurkan didalam adunan tepung tadi dan gaul sekata
Campurkan sedikit demi sedikit air dan uli adunan sehingga menjadi doh
Bulatkan aduan doh sebesar bola ping pong
Canaikan secara memanjang
Letak inti di bahagian tengah
Lipatkan menutupi inti dan klim bahagian tepi
Goreng dengan api sederhana besar.
Selamat Mencuba!!
Bahan-bahannya:-
2 biji Kentang bersaiz besar
3 sudu besar rempah kari (bancuh dengan sedikit air)
10 ekor ikan bilis di tumbuk kasar
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 cawan tepung
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukupnya
Cara-caranya:-
Untuk Inti-
Kentang dipotong dadu (basuh dan toskan)
Hiris halus bawang putih dan bawang merah
Panaskan 2 sudu minyak masak
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis tumbuk tadi
Masukkan bancuhan rempah kari tadi dan tumis sehingga naik bau
Masukkan kentang yang telah dipotong dadu adn campurkan 2 cawan air
Bila kentang telah lembut dan inti tadi telah memekat, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
Masakkan dengan api sederhana sehingga kering
Masukkan inti didalam bekas dan biar sehingga sejuk
Untuk kulit karipap-
Masukkan tepung dan marjerin kedalam mangkuk
Ramas lembut agar sekata
Kemudian campurkan minyak masak dan gaul lagi
Bancuh garam dengan 2 sudu air
Campurkan didalam adunan tepung tadi dan gaul sekata
Campurkan sedikit demi sedikit air dan uli adunan sehingga menjadi doh
Bulatkan aduan doh sebesar bola ping pong
Canaikan secara memanjang
Letak inti di bahagian tengah
Lipatkan menutupi inti dan klim bahagian tepi
Goreng dengan api sederhana besar.
Selamat Mencuba!!
Subscribe to:
Posts (Atom)