Bahan-bahannya:-
10 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah
3/4 gula pasir
2 biji telur ayam
1 cawan kelapa parut
1 1/2 cawan santan
Sedikit garam
Cara-Caranya:-
Blend pisang, gula merah, gula pasir, telur dan kelapa parut
Masukkan 2 cawan tepung gandum dan kacau sekata
Panaskan kukusan dan ratakan minyak didalam loyang
Kukus sehingga masak. (dalam 30 minit)
Untuk Lapisan atas:-
Blend santan, sedikit garam dan 2 sudu besar tepung gandum.
Jika mahu lapisan atas lebih keras, boleh tambahkan 1 sudu tepung lagi.
Tuangkan diatas lapisan adunan tadi dan kukus sehingga masak.(20 minit)
Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment