Sekadar berkongsi Rasa, Pengalaman dan Perasaan Seorang Wanita Berkerjaya, Isteri kepada seorang suami, Ibu kepada 3 orang anak yang sedang membesar serta Anak kepada seorang ibu yang Hebat!!!
My Blog List
Sunday, 11 November 2012
Kueh Buah Melaka
Bahan-bahannya:-
Tepung Pulut (ikut saiz hidangan yang diperlukan)
Air
Sedikit Kelapa Parut (putih sahaja)
Sedikit garam
Pewarna Hijau
Gula Kabung (dipotong empat segi kecil)
Cara-caranya:-
Masukkan tepung pulut kedalam mangkuk
Campurkan sedikit pewarna hijau
Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh
Pastikan air tidak terlebih kerana adunan akan menjadi lembek dan hanyut
Bulatkan doh sebesar duit 50 sen dan masukkan potongan gula kabung ditengahnya
Panaskan air didalam periuk (pastikan sukatan lebih dari separuh periuk)
Biarkan sehingga air mendidih dan masukkan bulatan doh tadi satu persatu
Tunggu sehingga kueh / bulatan doh tadi timbul yang menandakan ianya telah cukup masak
Biarkan seketika untuk pastikan gula didalamnya cair
Angkat dan toskan
Gaulkan kelapa parut dengan secubit garam dan golekkan kueh tadi sehingga kelapa parut menyaluti keseluruhan kueh tadi
Nota: Berhati-hati jika makan semasa kueh masih panas kerana gula didalamnya agak lambat sejuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment