My Blog List

Sunday 4 November 2012

Popiah Ayam



Inti Popiah:-




Bahan-Bahannya-
1 biji timun
1 biji carrot
2 genggam taugeh
2 cawan daging ayam kisar
1 ulas bawang merah dihiris halus
1 ulas bawang putih di ketuk
Sedikit garam dan serbuk lada hitam

Cara-caranya-
Potong panjang timun di buang pulurnya
Potong carrot juga secara memanjang seperti di dalam gambar
Panaskan sedikit minyak
Tumiskan bawang merah dan bawang putih
Kemudian tumiskan daging ayam sehingga masak
Campurkan carrot dahulu, kacau seketika
Kemudian campurkan timun dan seterusnya taugeh
Tambahkan garam secukupnya dan sedikit serbuk lada hitam sebagai penambah rasa
Angkat dan masukkan kedalam mangkuk penapis untuk toskan inti


Sos Popiah-



Bahan-bahannya-
1 bekas cili giling segera / 3/4 cawan
4 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya-
Panaskan 1 sudu minyak masak dengan api kecil
Masukkan kesemua bahan diatas
Sentiasa kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat
Manis sos mesti terasa agar rasa tidak hilang bila telah dicampurkan dengan inti nanti.
(Jika menggunakan cili yang dimesin sendiri, perlu ditambah dengan sedikit cuka)

Cara Menggulung Popiah-


Sediakan 40 keping kulit popiah bersaiz besar
Semasa penyediaan, sentiasa tutupkan kulit popiah yang belum digulung dengan tuala kecil agar tidak cepat kering dan keras
Letakkan sedikit sos dan kemudian inti diatas kulis popiah tadi seperti didalam gambar.
Lipatkan hujung bawah dulu dan kemudian kiri dan kanan
Kemudian gulungkan sekemasnya.
Sapukan sedikit air pada penghujung kulit popiah agar tidak terbuka ketika menggoreng nanti

Goreng dengan api sederhana besar.

Pasti Sedap! Cubalah!

No comments:

Post a Comment