My Blog List

Saturday 7 April 2012

Nasi Ayam Ruzita

Resepi nasi ayam ini adalah resepi pertama yang saya share with my friends.  Kerana itu ia dinamakan sempena nama saya oleh sahabat saya Hafizah Abu setiap kali menghidangkan hidangan ini kepada tetamu.

Bahan-Bahannya:-
Seekor ayam di potong 8
Kicap masin
SosTomato
Sos Tiram
Halia 3 inci
Bawang putih 8 ulas
Bawang merah 5 ulas - di hiris halus
Cili Kering 6 tangkai
Beras 6 pot kecil
Sebiji Timun
6 Biji Tomato
1 batang kulit kayu manis
2 ulas bunga lawang

1. Mula-mula rebuskan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.
2. Basuh beras dan toskan
3. Blender 2 inci halia dan 4 ulas bawang putih
4. Panaskan 2 senduk minyak masak terus kedalam periuk rice cooker. (resepi lain selalunya guna marjerin, tapi saya gunakan minyak masak biasa untuk elakkan rasa muak)
5. Tumiskan 3 ulas bawang merah yang telah di hiris halus sehingga garing.
6. Kemudian masukkan 1/3 bahan yang telah diblendar tadi dan kacau sehingga naik bau.
7. Masukkan lebih kurang 3 cawan air rebusan ayam dan campukan dengan air biasa. Anggarkan supaya air cukup untuk menutupi sukatan beras tadi. Lebihkan sedikit air bergantung kepada jenis beras yang digunakan. Tunggu sehingga menggelegak
8. Masukkan beras dan sedikit garam.
9. Transfer periuk tadi kedalam bekas rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak.
10. Kaut ayam di dalam periuk rebusan dan masukkan kedalam mangkuk untuk di perapkan.
11. Tuangkan 4 sudu sos tiram dan kicap masin secukupnya. Boleh campurkan sedikit madu jika mahu. Masukkan 1/3 bahan telah diblendar dan gaulkan bersama ayam tadi. Perapkan.
12. Air lebihan rebusan ayan tadi di panaskan untuk di jadikan sup. Campurkan air biasa secukupnya.
13. Masukkan 1/3 lagi bahan yang diblendar tadi dan juga kulit kayu manis dan bunga lawang. Juga campurkan hirisan halia yang masih tinggal sebanyak 1 inci itu. Biarkan pada api yang kecil.
14. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah sehingga garing. Masukkan bawang tadi kedalam periuk sup.
15. Panaskan minyak untuk mengoreng ayam pula. Goreng ayam sehingga masak. Toskan ayam yang telah digoreng dan dipotong kecil sebelum dihidang.
16. Lebihan perapan ayam tadi di asingkan untuk dijadikan sos kicap nasi ayam. Masukkan kedalam kuali dan campurkan lagi kicap masin serta sedikit air. Biarkan sehingga menggelegak dan angkat.
17. Untuk sos cili nasi ayam, panaskan sedikit minyak dan tumiskan lada kering yang telah diblendar. Masak guna api sederhana besar. Campurkan sos tomato, gula dan garam secukupnya. Make sure, sos ini telah berkilat dan cukuo pekat sebelum dianggkat.
18. Hidangkan bersama hirisan timun dan buah tomato.


No comments:

Post a Comment