My Blog List

Monday, 9 April 2012

Telur Bungkus Banjir





Bahan-Bahan:-
Telur ayam 3 biji
Ayam/daging cincang 1 cawan
Setengah Biji Lobak dipotong dadu kecil
1 Bji Buah Tomato dipotong dadu kecil
Sos Tomato/Cili
6 tangkai Cili Kering yang telah dikisar
1 ulas bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih dimayang halus

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan kemudian bawang besar.
2. Masukkan cili yang telah dikisar dan tumis hingga baik bau.
3. Masukkan ayam/daging cincang. Gaul seketika supaya ayam/daging tidak berketul besar.
4. Tuangkan 2 sudu besar Sos Tomato dan masukkan Buah Tomato.
5. Campurkan pula Lobak, gula dan garam secukup rasa.
6. Masak sehingga cukup pekat. Asingkan didalam bekas.
7. Bancuh 2 biji telur serta sedikit garam.
8. Panaskan sedikit minyak menggunakan api perlahan (ratakan sekeliling kuali)
9. Dadarkan bancuhan telur tadi dan golekkan kuali agar lapisan telur menjadi agak nipis dan sekata.
10. Bila telur tadi agak masak, masukkan inti ayam/daging yang telah dimasak tadi ditengah permukaan telur lebih kurang 3 sudu besar.
11. Lipatkan lapisan telur agar menutupi inti ayam/daging tadi.
12. Angkat dengan menggunakan senduk leper dan terbalikkan kedalam pinggan.
13. Untuk lapisan kedua, ulangi prosess 7 hingga 12 menggunakan satu biji telur dan 2 sudu inti ayam/daging.
14. Susun diatas lapisan pertama tadi.
15. Tuangkan sedikit lebihan inti diatas lapisan kedua dan selebihnya disekeliling telus bungkus tadi.

Saturday, 7 April 2012

Nasi Ayam Ruzita

Resepi nasi ayam ini adalah resepi pertama yang saya share with my friends.  Kerana itu ia dinamakan sempena nama saya oleh sahabat saya Hafizah Abu setiap kali menghidangkan hidangan ini kepada tetamu.

Bahan-Bahannya:-
Seekor ayam di potong 8
Kicap masin
SosTomato
Sos Tiram
Halia 3 inci
Bawang putih 8 ulas
Bawang merah 5 ulas - di hiris halus
Cili Kering 6 tangkai
Beras 6 pot kecil
Sebiji Timun
6 Biji Tomato
1 batang kulit kayu manis
2 ulas bunga lawang

1. Mula-mula rebuskan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan.
2. Basuh beras dan toskan
3. Blender 2 inci halia dan 4 ulas bawang putih
4. Panaskan 2 senduk minyak masak terus kedalam periuk rice cooker. (resepi lain selalunya guna marjerin, tapi saya gunakan minyak masak biasa untuk elakkan rasa muak)
5. Tumiskan 3 ulas bawang merah yang telah di hiris halus sehingga garing.
6. Kemudian masukkan 1/3 bahan yang telah diblendar tadi dan kacau sehingga naik bau.
7. Masukkan lebih kurang 3 cawan air rebusan ayam dan campukan dengan air biasa. Anggarkan supaya air cukup untuk menutupi sukatan beras tadi. Lebihkan sedikit air bergantung kepada jenis beras yang digunakan. Tunggu sehingga menggelegak
8. Masukkan beras dan sedikit garam.
9. Transfer periuk tadi kedalam bekas rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak.
10. Kaut ayam di dalam periuk rebusan dan masukkan kedalam mangkuk untuk di perapkan.
11. Tuangkan 4 sudu sos tiram dan kicap masin secukupnya. Boleh campurkan sedikit madu jika mahu. Masukkan 1/3 bahan telah diblendar dan gaulkan bersama ayam tadi. Perapkan.
12. Air lebihan rebusan ayan tadi di panaskan untuk di jadikan sup. Campurkan air biasa secukupnya.
13. Masukkan 1/3 lagi bahan yang diblendar tadi dan juga kulit kayu manis dan bunga lawang. Juga campurkan hirisan halia yang masih tinggal sebanyak 1 inci itu. Biarkan pada api yang kecil.
14. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah sehingga garing. Masukkan bawang tadi kedalam periuk sup.
15. Panaskan minyak untuk mengoreng ayam pula. Goreng ayam sehingga masak. Toskan ayam yang telah digoreng dan dipotong kecil sebelum dihidang.
16. Lebihan perapan ayam tadi di asingkan untuk dijadikan sos kicap nasi ayam. Masukkan kedalam kuali dan campurkan lagi kicap masin serta sedikit air. Biarkan sehingga menggelegak dan angkat.
17. Untuk sos cili nasi ayam, panaskan sedikit minyak dan tumiskan lada kering yang telah diblendar. Masak guna api sederhana besar. Campurkan sos tomato, gula dan garam secukupnya. Make sure, sos ini telah berkilat dan cukuo pekat sebelum dianggkat.
18. Hidangkan bersama hirisan timun dan buah tomato.


Mee Goreng Penyet

Nama Mee Penyet ini diberikan oleh anak bongsu saya, Irfan. Sebenarnya ia adalah salah satu dari jenis mee sanggul yang berbentuk leper seperti kuey teow kecil. Ia dibungkus seperti mee segera. Mee sanggul ini adalah salah satu dari stok yang wajib ada dalam monthly list barang dapur saya. Bila tinggal di bandar, kena selalu simpan barang makanan yang boleh di simpan lama seperti mee sanggul, meehoon, agar-agar strip, tepung etc. Just in case ada tetamu nak datang, tak adalah pening kepala nak pergi ke kedai mencari bahan masakan.

Bahan-bahan nya:-
Mee Sanggul (jenis lebar) satu bungkus - rendam dalam air panas sehingga agak lembut dan toskan
Udang
Sayur Kobis
Bawang merah 3 ulas
Bawang Putih 1 ulas
Cili Kering 6 tangkai
Telur 2 biji
Tomato 1 biji di potong kecil
Sos Cili
Kicap Masin
Kisap Pekat
Sos Tiram

1. Blenderkan bawang putih, bawang merah dan cili kering.
2. Panaskan 1 senduk minyak masak.
3. Tumiskan bahan2 yng telah diblender tadi sehingga naik bau.
4. Masukkan udang. Boleh tambah ayam jika mahu.
5. Masukkan sos cili dan sos tiram serta sedikit garam.
6. Pecahkan telur kedalam tumisan tadi dan kemudian masukkan sayur dan buah tomato
7. Masukkan mee sanggul dan kacau sebentar.
8.Akhir sekali barulah dimasukkan kicap masin dan kicap pekat.




Friday, 6 April 2012

This is my LIFE

Sebagai seorang ibu dan isteri berkerjaya, masa itu adalah amat penting. Walaupun sibuk, saya akan cuba sedaya upaya menyediakan masakan seadanya untuk keluarga tercinta. Keluarga adalah perkara utama dalam hidup saya. Sebagai seorang wanita saya juga mementingkan penampilan diri. Melalui blog ini, saya akan berkongsi resepi mudah, cepat dan semestinya enak untuk hidangan sekeluarga. Juga berkongsi tip-tip kebahagiaan berumah-tangga serta perjalanan dalam membesarkan anak-anak melalui pengalaman berumah-tangga selama lebih daripada 18 tahun ini. Juga isu fesyen, solekan dan amalan kecantikan diri untuk kebaikan kita bersama...