My Blog List

Saturday, 15 September 2012

Donut






Bahan-Bahan:-

1/2 kilo tepung gandum
3sudu besar mentega
1 biji telur ayam
3 sudu besar susu tepung
sedikit garam
1 cawan air
1 peket yis kering / mauripan
1/2 cawan gula (dimesin halus)

Cara-caranya:-

Bancuh yis/mauripan dengan sedikit air dan 1 sudu kecil gula. Biarkan sehingga berbuih (kira-kira 20 minit)
Campurkan tepung dan mentega. Ramaskan sehingga sekata.
Gaulkan tepung tadi dengan 1 biji telur , 3 sudu susu tepung dan sedikit garam.
Campurkan 1 cawan air dan bancuhan yis tadi. Uli sehingga menjadi doh (sehingga adunan tidak melekit dan kelihatan berkilat)
Biarkan doh naik /kembang (kira-kira 30 minit)
Canaikan doh lebih kurang 1/2 inci tebal. Terapkan acuan bulat besar dan buat lubang ditengah menggunakan acuan bulat kecil.
(Jika tiada acuan seperti saya, boleh gunakan mulut gelas utk ditekap. Dan untuk lubang kecil ditengah, boleh gunakan tudung botol ubat yg telah dibersihkan.)
Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan.
Toskan sehingga agak sejuk dan taburkan gula halus tadi.
Sedia untuk di hidang.

Mudahkan!!


No comments:

Post a Comment