My Blog List

Sunday 16 September 2012

Chocolate Nuts Cup Cake


Bahan-Bahannya:-

I bar cooking chocolate
Sedikit Chocolate Rice
1/2 cawan Kacang Almond yang telah di potong kepada  jejari kecil
I cawan mentega
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan tepung superfine
1 sudu baking powder
1 penutup esen vanilla
5 biji telur ayam bersaiz sederhana
Kertas Cawan dan bekas cawan acuan aluminium

Cara-Caranya:-
Masukkan 1 cawan mentega dan gula ke dalam mangkuk besar.
Pukulkan sehingga kembang.
Masukkan chocolate bar tadi dan pukul lagi sehingga chocolate tadi mesra bersama adunan
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
Campurkan 1 sudu baking powder dan 1 penutup esen vanilla dan juga 1/2 cawan kacang almond tadi.
Dan akhir sekali masukkan tepung superfine dan kacau sehingga adunan sebati.
Panaskan ketuhar bersuhu 150 celcius.
Susunkan kertas cawan kedalam bekas acuan aluminium untuk menyokong cawan kertas tadi. Tidak perlu penyokong jika menggunakan bekas cup cake moden.
Tuangkan adunan kek kedalam bekas dan taburkan chocolate rice.
Bakar selama 20 minit.
Sejukkan sebentar sebelum dihias dengan cream topping jika mahu.





No comments:

Post a Comment