My Blog List

Sunday 27 January 2013

Chicken Nugget Wraps



Bahan-Bahannya:

5 keping roti tortilla
5 ketul chicken nuggets
I mangkuk kecil kobis dipotong halus
1 biji tomato di potong dadu
2 sudu besar mayonnis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah



Cara-caranya:

Panaskan minyak, goreng chicken nuggets sehingga garing dan toskan.
Sediakan mangkuk besar.
Masukkan kobis dan tomato yang telah di potong dadu.
Gaulkan bersama mayonnis tadi .
Potong nuggets tadi secara memanjang.
Gaulkan sekali bersama campuran sayuran tadi.
Tambahkan sedikit lada hitam dan lada sulah sebagai penambah rasa.
Gulungkan dengan roti tortilla.
Susunkan didalam oven dan panaskan selama 5 ke 10 minit.

Siap untuk dihidang.

Cubalah! Ianya bukan sahaja mudah disediakan tapi juga sedap rasanya.....